Transact & Win Campaign (BM)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KEMPEN
LAKSANAKAN TRANSAKSI & MENANG CIMB BANK BERHAD
Tempoh Kempen
1. “Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014” CIMB Islamic Bank (“Kempen”) dianjurkan
oleh CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic Bank” atau “Bank”) dan akan diadakan dari 11hb
Ogos 2014 hingga 31hb Disember 2014; termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh
Kempen”).CIMB Islamic Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan
dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis yang mencukupi.
Kelayakan
2. Kempen ini terbuka secara eksklusif kepada:a) semua pemegang Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB Islamic Bank (“Akaun
Sertaan”) baru dan sedia ada;
b) semua pemegang kad Debit MasterCard CIMB Islamic Bank (“Kad Debit”) yang memegang
Kad Debit yang dikeluarkan oleh CIMB Islamic Bank sahaja; dan
c) semua pengguna CIMB Clicks;
(selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Peserta Layak”)
3. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen:(i) Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sementara CIMB Islamic Bank (termasuk anak syarikat dan
syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang,
kakak dan adik); dan/atau
(ii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB Islamic Bank, MasterCard
Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of Delaware,yang mempunyai pejabat
dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509,
United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka
masing-masing); dan/atau
(iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan
pihak ketiga) CIMB Islamic Bank (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan pekerja
tetap dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu
bapa, abang, kakak dan adik);dan/atau
(iv) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan
Korporat dan Perdagangan; dan/atau
(v) Individu berusia kurang daripada 18 tahun.
3. Berhubung dengan Akaun Sertaan bersama, hanya pemegang akaun yang pertama sekali
dinamakan iaitu pemegang akaun utama layak menyertai Kempen (“Pemegang Akaun Utama”).
Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama akan diperlakukan sebagai satu pemegang
akaun.
Hadiah
4. Hadiah yang akan diberikan di bawah Kempen ini adalah seperti berikut:
Hadiah Utama
3 Pemenang x maksimum 2 pilihan Hadiah bernilai RM28,888 dari kategori hadiah gajet,percutian,gaya hidup,barang runcit atau kelengkapan rumah
Ogos 2014
September
2014
Oktober
2014
Hadiah Terbaik
Hadiah Istimewa
Hadiah Terbaik
Hadiah Istimewa
Hadiah Terbaik
Hadiah Istimewa
Hadiah Terbaik
November
2014
Hadiah Istimewa
Disember
2014
Hadiah Terbaik
Hadiah Istimewa
Hadiah Bulanan
Samsung GALAXY Note 10.1 (Edisi 2014)
Samsung GALAXY Tab 4 7.0 3G
Baucer Percutian bernilai RM1,888
Baucer Percutian bernilai RM888
Baucer Hadiah Giant Hypermarket bernilai RM1,888
Baucer Hadiah Giant Hypermarket bernilai RM888
Baucer Hadiah Starwood Hotels & Resorts bernilai
RM1,888
88X
Baucer Hadiah Starwood Hotels & Resorts bernilai
RM888
3X
Sistem Teater Rumah Samsung Blu Ray
88X
Pembersih Udara Samsung
3X
88X
3X
88X
3X
88X
3X
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 1
Hadiah Wang Tunai Bulanan
8x Hadiah Wang Tunai Bulanan sebanyak RM688
(Hadiah yang dinyatakan di atas selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Hadiah”).
5. Semua harga dan nilai yang dinyatakan di sini adalah tepat pada masa percetakan terma-terma
dan syarat-syarat di dalam ini kempen. Imej hadiah yang dipaparkan dalam sebarang bahan
pemasaran dan pengiklanan hanyalah bagi tujuan visual dan warna mungkin berbeza daripada
Hadiah sebenar yang diterima. Pemenang (“Pemenang”) bertanggungjawab atas sebarang kos
pun jua yang ditanggung berhubung dengan Hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada
pengangkutan dari lokasi pejabat Peniaga, semua peningkatan dan perubahan, sebarang kos
pihak ketiga lain (komisyen, pemindahan pemilikan, dll).
6. Pemenang bertanggungjawab membayar sebarang cukai, kos sampingan dan/atau sebarang caj
lain berkaitan dengan Hadiah kecuali dinyatakan sebaliknya. CIMB Islamic Bank tidak akan
dipertanggungjawabkan atas sebarang cukai, kos sampingan, caj dan/atau kerosakan terhadap
Hadiah dan/atau tindakan mana-mana agen/pengedar mereka yang tidak memenuhi obligasi
mereka.
7. Hadiah tidak boleh ditukar atau diganti dengan wang tunai atau kredit atau dalam bentuk barang
sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya.
8. Hadiah mungkin tertakluk kepada terma dan syaratnya sendiri dan terma dan syarat tersebut akan
diguna pakai di samping terma dan syarat yang terkandung di dalam ini.
9. Pemenang bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Islamic Bank untuk mendedahkan butirbutir pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor
telefon dan alamat) kepada pengedar/agen yang kemudian akan menghubungi pemenang tentang
penghantaran atau penebusan Hadiah. Pemenang bertanggungjawab membuat pengaturan yang
perlu dengan CIMB Islamic Bank dan/atau pengedar/agennya untuk memungut atau menebus
Hadiah mereka. CIMB Islamic Bank tidak akan menanggung sebarang kos penginapan dan/atau
pengangkutan dan/atau kos lain yang mungkin atau terpaksa ditanggung oleh pemenang semasa
menebus dan/atau menghantar dan/atau menggunakan Hadiah.
10. Mana-mana Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh tiga (3) bulan selepas makluman dibuat
tentang pemenang hadiah akan ditarik balik.
11. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Islamic Bank dengan nyata
mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan, atau pengindorsan, nyata atau
tersirat, bertulis atau lisan, bagi semua Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini, termasuk
tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan tentang mutu, kebolehdagangan, kesesuaian Hadiah
bagi sesuatu tujuan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Semua risiko, kerugian, kerosakan
dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Hadiah akan ditanggung oleh pemenang. Di
mana berkenaan, Pemenang digalakkan mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang
cukup untuk melindungi diri mereka terhadap kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan tersebut.
Kriteria Kelayakan Hadiah
Kriteria Kelayakan Hadiah Utama & Hadiah Bulanan
12. Peserta Layak boleh mendapat peluang atau peluang-peluang (“Peluang” atau “Peluangpeluang” mengikut keadaan) untuk memenangi Hadiah Utama dan/atau Hadiah Terbaik atau
Istimewa Bulanan yang dirujuk dalam Klausa 4 di atas dalam cara berikut:
(i)
Peserta Layak yang membuka Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB Islamic Bank
semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk mendapat satu (1)
Peluang.
(ii)
Untuk setiap deposit tambahan dalam gandaan RM500 dalam Akaun Semasa dan Akaun
Simpanan CIMB Islamic Bank semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta
Layak untuk mendapat satu (1) Peluang.
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 2
(iii)
Untuk setiap permohonan yang diluluskan bagi mana-mana Kad Debit utama oleh CIMB
Islamic Bank semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak utama untuk
mendapat satu (1) Peluang.
(iv)
Untuk setiap perbelanjaan runcit tempatan sebanyak RM50 (iaitu transaksi runcit yang dicaj
oleh peniaga di dalam Malaysia) dalam satu resit yang dicaj kepada mana-mana Kad Debit
Sertaan Pemegang Kad Layak semasa Tempoh Kempen dan dipost kepada akaun
hb
Pemegang Kad Layak pada atau sebelum 5 Januari, 2015 memberikan hak kepada
Pemegang Kad Layak utama untuk mendapat satu (1) Peluang;
(v)
Untuk setiap perbelanjaan runcit luar negara (iaitu transaksi runcit yang dicaj oleh peniaga
yang kod negara yang ditetapkan bagi transaksi tersebut adalah di luar Malaysia) sebanyak
RM50 (dalam jumlah bersamaan dalam mata wang asing) dalam satu resit yang dicaj kepada
mana-mana Kad Debit Sertaan Pemegang Kad Layak semasa Tempoh Kempen dan dipost
hb
kepada akaun Pemegang Kad Layak pada atau sebelum 5 Januari, 2015 memberikan hak
kepada Pemegang Kad Layak utama untuk mendapat sepuluh (10) Peluang. Penjejakan
perbelanjaan runcit luar negara adalah berdasarkan tarikh transaksi (Waktu Malaysia);
(vi)
Untuk pengguna CIMB Clicks baru yang berjaya mendaftar diri dan melengkapkan „First
Time Login‟ di www.cimbclicks.com.my semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada
Peserta Layak untuk mendapat satu (1) Peluang.
(vii)
Peserta Layak yang melaksanakan mana-mana transaksi (“Transaksi Layak”) yang berikut
semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepada Peserta Layak untuk menggandakan
peluang bulanan mereka (“Peluang Berganda”) untuk memenangi Hadiah Bulanan:
a)
Peserta Layak yang membayar minimum tiga (3) bil sebulan dengan Kad Debit
semasa Tempoh Kempen memberikan hak kepda Peserta Layak untuk mendapat
Peluang Berganda untuk memenangi Hadiah dalam mana-mana bulan sepanjang
Tempoh Kempen.
(viii) Peserta Layak yang melaksanakan mana-mana Transaksi Layak berikut memberikan hak
kepada Peserta Layak untuk mendapatkan Peluang Berganda untuk memenangi Hadiah
Utama:
a) Peserta Layak yang mendaftarkan minimum tiga (3) pengebilan automatik sebulan
dengan Kad Debit anda semasa Tempoh Kempen dengan syarat arahan pengebilan
automatik tersebut tidak dibatalkan; ATAU
b) Peserta Layak yang membuka atau bertukar kepada Akaun Senarai Gaji CIMB@Work
semasa Tempoh Kempen dengan syarat majikan Peserta Layak melanggan pakej
CIMB@Work melalui cara pemprosesan semua pembayaran gaji kepada pekerja melalui
CIMB Autopay BizChannel atau CIMB Autopay Diskette File Transfer and Akaun Senarai
Gaji CIMB@Work tersebut tidak dibatalkan sepanjang Tempoh Kempen.
Untuk kemudahan rujukan, adual di bawah adalah ringkasan Peluang (s) (seperti yang dinyatakan
dalam Klausa 12 di atas) yang boleh diperolehi oleh Peserta yang Layak: No.
Kriteria Kelayakan
Bilangan
Peluang
1
Daftar diri untuk Akaun Semasa atau Akaun Simpanan Islamic
Bank
1X
2
Daftar diri untuk mana-mana Kad Debit utama
1X
3
Daftar diri untuk CIMB Clicks dan berjaya melengkapkan „First
Time Login‟
1X
4
Setiap deposit tambahan dalam gandaan RM500 dalam Akaun
Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Islamic Bank
1X
5
Berbelanja minimum RM50 dalam satu resit dengan kad Debit
anda bagi transaksi runcit tempatan.
1X
6
Berbelanja minimum RM50 dalam satu resit dengan kad Debit
anda bagi transaksi runcit luar negara.
10X
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 3
No.
Bilangan
Peluang
Kriteria Kelayakan
7
Peluang Berganda untuk Cabutan Hadiah Bulanan
 Membayar minimum 3 bil sebulan dengan Kad Debit
8
Peluang Berganda untuk Cabutan Hadiah Utama
 Mendaftar diri untuk minimum pengebilan 3 automatik sebulan
dengan Kad Debit anda; ATAU
 Membuka atau bertukar kepada Akaun Senarai Gaji
CIMB@Work semasa tempoh kempen
Peluang Bulanan
X2
Peluang
Terkumpul 5
Bulan X2
(Hadiah yang dinyakan di atas selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Hadiah”).
Kriteria Kelayakan Hadiah Wang Tunai Bulanan
13. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, bagi kategori Hadiah Wang Tunai Bulanan, Hadiah
tersebut akan diberikan kepada lapan (8) Peserta Layak dengan jumlah „Inward Interbank GIRO
Transfer‟ (IBG) terkumpul paling tinggi dalam Ringgit ke dalam Akaun Sertaan Peserta Layak bagi
bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember masing-masing dalam Tempoh
Kempen ("8 Pemenang Teratas").
14. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, Hadiah Wang Tunai Bulanan akan diberikan dalam
bentuk wang tunai yang akan dikreditkan ke dalam Akaun Sertaan 8 Pemenang Teratas dalam
Ringgit dalam masa enam (6) hingga lapan (8) minggu bekerja selepas tamat tarikh setiap tempoh
penjejakan bulanan yang dinyatakan dalam Klausa 22 di dalam ini.
Untuk Pemegang Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Islamic Bank
15. “Deposit Tambahan” dalam Klausa 12(ii) di dalam terma dan syarat ini ditakrifkan sebagai Baki
Purata Tambahan (Incremental Average Balance) (“IAB”) dalam Akaun Sertaan Peserta Layak
sepanjang Tempoh Kempen. IAB dikira berdasarkan baki purata bulanan (monthly average
balance) (“MAB”) berbanding dengan “Angka Dasar” yang dinyatakan dalam jadual di bawah:
Pengiraan
Angka Dasar
Jumlah penuh baki harian bagi bulan Julai 2014
Bilangan hari dalam bulan Julai 2014
Baki purata bulanan
(“MAB”)
Jumlah penuh baki harian bagi bulan tersebut
Bilangan hari dalam bulan tersebut
Baki purata tambahan (“IAB”)
MAB – Angka Dasar
16. Bagi akaun baru yang dibuka dari 1
sifar.
hb
Ogos 2014 hingga 31
hb
Disember 2014, Angka Dasar adalah
17. Deposit yang dibuat bagi tujuan pengiraan IAB hanya terpakai bagi dana baru yang ditempatkan
dalam Akaun Sertaan semasa Tempoh Kempen. Dana baru yang dirujuk di dalam ini merujuk
kepada dana yang tidak berasal daripada akaun sedia ada dengan CIMB Bank Berhad, CIMB
Islamic Bank dan / atau CIMB Investment Bank Berhad.
18. Untuk kemudahan rujukan, jadual di bawah adalah ilustrasi pengiraan IAB dan bilangan Peluang
yang Peserta Layak berhak untuk mendapatkan semasa Tempoh Kempen: a. Pemegang Akaun Sedia Ada
Bulan
Jul-14
Ogos-14
Sep-14
MAB
(RM)
0
500
1,250
IAB
(RM)
Angka Dasar
500 – 0 = 500
1,250 – 0 = 1,250
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
No. of Chance
N/a
1
2
Page 4
b. Pemegang Akaun Baru
Bulan
Jul-14
Ogos-14
Sep-14
MAB
(RM)
550
1,000
2,880
IAB
(RM)
Angka Dasar
1,000 – 550 = 450
2,880 – 550 = 2,330
Bilangan Peluang
N/a
Tidak Layak
4
Untuk pemegang kad Debit MasterCard CIMB Islamic Bank
19. Perbelanjaan runcit bermaksud transaksi pembelian bagi barangan dan perkhidmatan yang
ditanggung untuk penggunaan peribadi dan bukan bagi tujuan perniagaan dan tidak termasuk
transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, transaksi berikut juga
dikecualikan dengan nyata dan tidak akan dianggap transaksi runcit atau perbelanjaan runcit yang
layak:i) Transaksi Kuasi Tunai – (misalnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);
ii) Ansuran bulanan di bawah sebarang kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh
CIMB Islamic Bank atau mana-mana bank lain;
iii) Arahan tetap / perkhidmatan pembayaran automatik;
iv) transaksi e-Debit MEPS untuk Kad Debit;
v) Pembayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi
penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj fraud atau sebarang fi, caj
atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB Islamic Bank atau sebaliknya;
vi) Transaksi bagi pembayaran yang dibuat terhadap premium insurans dan/atau sumbangan
takaful tidak kira apa jenisnya;
vii) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai;
viii) Transaksi yang dibuat oleh Peserta Layak dengan mana-mana peniaga yang mempunyai
kaitan dengan atau yang dikawal oleh mereka atau ahli keluarga mereka (sama ada sebagai
pekerja, majikan, pemegang saham atau pengarah) iaitu transaksi oleh Peserta Layak dengan
mana-mana syarikat atau entiti perniagaan di mana beliau dan/atau mana-mana ahli
keluarganya adalah pekerja atau majikan atau bekerja dengannya atau mempunyai saham
atau kepentingan di dalamnya atau adalah pengarahnya; dan
ix) Transaksi pembelian layak yang selepas itu dibatalkan atau dikembalikan wang, transaksi yang
dipertikaikan, tidak dibenarkan atau menipu.
x) Sebarang transaksi yang tidak mematuhi Shariah, contoh: pembelian barangan yang tidak halal
seperti minuman keras, daging khinzir (babi), dan lain-lain
Sebarang penentuan oleh CIMB Islamic Bank tentang apakah yang merupakan perbelanjaan
runcit adalah adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua.
20. Perbelanjaan runcit adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan pemegang kad debit (utama dan
tambahan) yang disatukan. Jika pemegang kad debit mempunyai beberapa akaun kad debit,
perbelanjaan runcit yang dilakukan terhadap semua kad debit oleh pemegang kad debit utama dan
pemegang kad debit tambahannya akan disatukan dan tidak akan dilihat secara individu untuk
mencapai perbelanjaan runcit bagi Transaksi Layak dan kriteria penyertaan dalam Tempoh
Kempen.
Pemilihan Pemenang Terbaik dan Istimewa Bulanan
21. Bilangan Peluang akan diberikan secara automatik kepada Peserta Layak dalam cara yang
diterangkan dalam Klausa 12(i) hingga 12(vi). Jika Peserta Layak turut memenuhi kriteria yang
dibentangkan dalam Klausa 12(vii), Peluangnya bagi bulan tersebut akan digandakan 2 kali.
22. Peserta Layak kemudian akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik
daripada kumpulan peluang layak (“Peserta Disenarai Pendek”) dalam masa dua (2) hingga tiga (3)
minggu selepas akhir setiap tempoh penjejakan bulanan seperti yang dinyatakan di bawah:
Bulan
Ogos 2014
September 2014
Oktober 2014
November 2014
Disember 2014
Tempoh Penjejakan
1 Ogos hingga 31 Ogos 2014
1 September hingga 30 September 2014
1 Oktober hingga 31 Oktober 2014
1 November hingga 30 November 2014
1 Disember hingga 31 Disember 2014
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 5
23. Peserta Disenarai Pendek akan dihubungi oleh CIMB Islamic Bank melalui sistem pesanan ringkas
(SMS) di nombor telefon mudah alih mereka yang didaftarkan di bawah penyedia perkhidmatan
telekomunikasi Maxis, Celcom atau DiGi dalam rekod CIMB Islamic Bank atau melalui sebarang
cara lain yang dianggap wajar oleh CIMB Islamic Bank. Peserta Disenarai Pendek dikehendaki
menjawab atau membalas satu (1) soalan dengan tepat dan dalam masa terpantas. Sekiranya
mana-mana Peserta Disenarai Pendek mempunyai nombor mudah alih yang tidak didaftarkan di
bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom atau DiGi dan/atau gagal menjawab
soalan dengan tepat dan/atau tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab jua, Peserta Disenarai
Pendek tersebut tidak akan berpeluang memenangi hadiah. CIMB Islamic Bank tidak akan
bertanggungjawab dalam apa cara jua sekiranya mana-mana Peserta Disenarai Pendek tidak
boleh dihubungi atas apa jua sebab.
24. Tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, bagi kategori Pemenag Hadiah Bulanan, Tiga (3)
Peserta Disenarai Pendek pertama yang menjawab dengan jawapan yang tepat dalam masa
terpantas dalam bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember masing-masing akan
diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Terbaik Bulanan dan lapan puluh lapan (88) Peserta
Disenarai Pendek seterusnya yang menjawab dengan jawapan yang tepat dalam masa terpantas
dalam bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember masing-masing akan
diisytiharkan Pemenang Hadiah Istimewa Bulanan.
25. Hadiah bulanan akan dihantar ke alamat pemenang bulanan dalam rekod Bank dalam masa enam
(6) hingga lapan (8) minggu bekerja selepas tamat tarikh setiap tempoh penjejakan bulanan.
Pemilihan Pemenang Hadiah Utama
26. Pada akhir Tempoh Kempen, Peluang bulanan Peserta Layak sepanjang Tempoh Kempen akan
akan ditambah untuk mengira jumlah peluang yang diperolehi dalam Tempoh Kempen keseluruhan
("Jumlah terkumpul Peluang").Jika Peserta Layak memenuhi kriteria yang dibentangkan dalam
Klausa 12(viii), jumlah Peluang terkumpulnya akan digandakan 2 kali bagi cabutan Hadiah Utama.
27. Peserta Layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada
senarai peluang layak terkumpul sepanjang Tempoh Kempen dan berpeluang memenangi Hadiah
Utama.
28. Untuk Pemenang Hadiah Utama, tiga (3) Peserta Disenarai Pendek akan dihubungi melalui telefon
oleh wakil-wakil CIMB Islamic Bank di nombor telefon yang terakhir diketahui dalam rekod CIMB
Islamic Bank dan setiap satunya dikehendaki menjawab satu (1) soalan berkaitan dengan Kempen
dengan tepat sebelum diisytiharkan sebagai Pemenang Hadiah Utama.
29. Jika Peserta Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi melalui telefon pada percubaan pertama atas
sebab-sebab termasuk, tetapi tidak terhad kepada keadaan berikut: Tiada jawapan, Tidak berminat
untuk turut serta, Menamatkan panggilan semasa perbualan, Nombor tidak digunakan, Tiada
sambungan, Peti mel suara dihubungi, dua (2) percubaan lagi akan dibuat dalam masa dua (2)
Jam selepas percubaan pertama untuk menghubungi Peserta Disenarai Pendek. Jika percubaan
ketiga juga tidak berjaya disebabkan keadaan yang dibentangkan di atas, CIMB Islamic Bank
merizab hak untuk menyingkirkan Peserta Disenarai Pendek pertama dan kemudian menghubungi
Peserta Disenarai Pendek seterusnya bagi Hadiah Utama .
30. Selanjutnya dan untuk mengelakkan sebarang keraguan, CIMB Islamic Bank tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang caj telekomunikasi, perayauan atau caj telefon yang hendaklah
ditanggung oleh Peserta Disenarai Pendek, sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang
diakibatkan oleh CIMB Islamic Bank menghubungi Peserta Disenarai Pendek.
31. Hadiah Utama akan diberikan kepada pemenang dalam masa enam (6) hingga lapan (8) minggu
bekerja selepas tamat Tempoh Kempen. Pemenang Utama akan diminta memilih maksimum 2
kategori daripada gajet, percutian, brang runcit, gaya hidup, atau kelengkapan rumah. Hadiah akan
diberikan dalam bentuk baucer dan Pemenang Hadiah Utama hendaklah berhubung secara terus
dengan vendor yang dilantik oleh CIMB Islamic Bank untuk menuntut Hadiah.
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 6
Pemenang Hadiah Utama, Pemenang Hadiah Bulanan dan Pemenang Hadiah Wang Tunai
Bulanan
32. Pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Bulanan selepas ini dirujuk secara kolektif
sebagai “Pemenang Kempen”. Semua sesi soal jawab akan dihakimi dan diputuskan oleh satu
panel hakim yang dipilih oleh CIMB Islamic Bank dan keputusan panel hakim adalah muktamad
dan konklusif dan mengikat.
33. Peserta Disenarai Pendek bertanggungjawab memastikan nombor telefon dan alamat pos mereka
yang diberikan adalah terkini dan dikemaskinikan dengan CIMB Islamic Bank sekiranya apa-apa
perubahan dibuat padanya oleh mereka. Makluman dan penghantaran hadiah oleh CIMB Islamic
Bank adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat pos Peserta Layak yang disimpan dalam
rekod CIMB Islamic Bank. CIMB Islamic Bank tidak bertanggungjawab kepada Peserta Disenarai
Pendek atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang
menyusul daripadanya) yang ditanggung sekiranya nombor telefon atau alamat pos Peserta
Disenarai Pendek dalam rekod CIMB Islamic Bank bukan yang terkini atau yang tepat.
34. CIMB Islamic Bank mempunyai budi bicara tunggal untuk menetapkan tarikh dan masa untuk
menghubungi Peserta Disenarai Pendek.
35. Peserta Disenarai Pendek hanya berhak memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama dan satu
(1) Hadiah Bulanan termasuk Hadiah Wang Tunai Bulanan di bawah Kempen ini. Untuk
mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Kad Tambahan atau pemegang akaun Simpanan
dan Semasa Sekunder tidak berhak memenangi sebarang hadiah di bawah Kempen ini.
36. Pemenang Hadiah Utama akan menerima makluman melalui panggilan telefon dan pos.
Pemenang Hadiah Bulanan dan Pemenang Hadiah Wang Tunai Bulanan akan menerima
makluman melalui SMS mengenai jenis hadiah yang dimenangi dan butir-butir pungutan Hadiah.
37. Pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau sebarang program
publisiti lain bila dan apabila dikehendaki dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh mereka
sendiri. Jika pemenang gagal menghadiri majlis tersebut dan/atau program publisiti lain, Bank
merizab hak untuk menarik balik hadiah pemenang dan memilih pemenang lain.
38. Pemenang tidak dibenarkan memindahkan atau menjual haknya terhadap Hadiah kepada manamana orang lain.
Terma-terma dan Syarat-syarat Am
39. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syaratsyarat ini dan keputusan CIMB Islamic Bank dan MasterCard. Pada masa pemilihan Pemenang
Kempen, Kad Debit, akaun CIMB Clicks, akaun Semasa dan Simpanan Konvensional CIMB Islamic
Bank Pemenang Kempen yang terpilih HENDAKLAH dalam kedudukan yang baik dan TIDAK
BOLEH memungkiri sebarang terma dan syarat dalam perjanjian Debit MasterCard CIMB Islamic
Bank atau Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Islamic Bank atau Perjanjian Perbankan
Internet CIMB Clicks atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks atau mungkir, dan/atau
menjadi tidak sah atau dibatalkan menurut takrifan CIMB Islamic Bank, jika tidak mereka akan
disingkirkan daripada menyertai atau menjadi Pemenang Kempen dalam Kempen ini.
40. CIMB Islamic Bank dan MasterCard berhak menerbitkan dan/atau memaparkan bahan dan/atau
maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan bandar kediaman Peserta
Layak yang merupakan pemenang hadiah di bawah Kempen ini bagi tujuan pemasaran,
pengiklanan dan publisiti dalam apa cara jua yang dianggapnya sesuai. Dengan menyertai Kempen
ini, Peserta Layak dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada CIMB Islamic Bank dan
MasterCard untuk menerbitkan dan/atau memaparkan nama, gambar dan bandar kediaman
Peserta Layak bagi tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan mungkin menyebabkan
pemenang alternatif dipilih.
41. Keputusan CIMB Islamic Bank dan/atau hakim CIMB Islamic Bank berhubung dengan setiap aspek
Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Untuk semua pertanyaan lanjut berkaitan
dengan Kempen, sila hubungi Pusat Panggilan CIMB Islamic Bank di +1300 880 900.
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 7
42. CIMB Islamic Bank dan MasterCard tidak menanggung sebarang tanggungjawab bagi hadiah,
produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Kempen ini. Hadiah, produk dan/atau
perkhidmatan ditawarkan dan/atau disediakan semata-mata oleh vendor dan penyedia yang
berkenaan, di bawah sebarang terma dan syarat yang ditentukan oleh vendor dan penyedia
tersebut, dan CIMB Islamic Bank dan MasterCard tidak menerima sebarang liabiliti (termasuk tanpa
had, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, langsung atau tidak langsung, gantirugi
sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak
termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort,
kecuaian atau sebaliknya, berhubung dengan Kempen, meskipun jika CIMB Islamic Bank dan
MasterCard telah dimaklumkan sebelum itu tentang kemungkinan berbangkitnya gantirugi
sedemikian, dan semua gantirugi sedemikian dikecualikan dengan nyata.
43. CIMB Islamic Bank dan MasterCard tidak akan melayan sebarang aduan pun jua berkaitan dengan
hadiah, produk dan/atau perkhidmatan tersebut. Hadiah, produk dan/atau perkhidmatan tidak
diperakui oleh MasterCard atau CIMB Islamic Bank dan kemasukan sebarang hadiah, produk
dan/atau perkhidmatan dalam Kempen ini tidak akan dalam apa cara jua ditafsirkan sebagai
pengindorsan atau saranan terhadap hadiah, produk dan/atau perkhidmatan tersebut oleh
MasterCard atau CIMB Islamic Bank. Jika mana-mana Peserta Layak tidak berpuas hati dengan
mana-mana hadiah, Peserta Layak tersebut hendaklah memohon penyelesaian secara terus
dengan vendor/penyedia yang berkenaan.
44. CIMB Islamic Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua
berhubung dengan sebarang kerosakan teknikal apa jua jenisnya, apa jua campur tangan,
gangguan dan/atau kepincangan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau
pemprosesan transaksi yang dilaksanakan melalui CIMB Clicks.
45. Dengan menerima hadiah, pemenang hadiah bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan
CIMB Islamic Bank dan MasterCard dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan
agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding,
penghakiman, gantirugi, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Islamic
Bank dan MasterCard dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka
masing-masing berhubung dengan penyertaan pemenang hadiah dalam Kempen atau penerimaan,
penebusan atau penggunaan hadiah.
46. CIMB Islamic Bank dan MasterCard tidak menanggung sebarang tanggungjawab bagi sebarang
implikasi cukai, kos sampingan dan/atau mana-mana caj lain dan/atau kerosakan yang diakibatkan
oleh mana-mana hadiah dan/atau kegagalan oleh mana-mana agen/pengedarnya untuk memenuhi
obligasi mereka. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau pembayaran cukai yang kena dibayar
kepada mana-mana pihak berkuasa atau sebarang kos sampingan dan/atau sebarang caj lain yang
mungkin berbangkit akibat penerimaan hadiah kekal sebagai tanggungjawab tunggal Peserta
Layak. Setiap Peserta Layak bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan
implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.
47. CIMB Islamic Bank berhak mengubah, memadamkan atau menambah mana-mana Terma dan
Syarat ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan hadiah yang ditawarkan
di bawah Kempen ini dan/atau melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan,
membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dengan memberikan notis yang
mencukupi kepada Peserta Layak. Tiada pampasan dalam wang tunai atau dalam bentuk barang
akan diberikan kepada Peserta Layak atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau
ditanggung oleh Peserta Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh
perubahan, pemadaman, penambahan atau pindaan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau
pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.
48. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (seperti yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras
dengan Klausa 47 hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat
semasa bagi perjanjian kad dan/atau akaun CIMB Islamic Bank dan/atau Perjanjian Perbankan
Internet CIMB Clicks dan/atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks dan akan mengatasi
sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak konsisten yang terkandung dalam
sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen.
49. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan
antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau
bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang
lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 8
dicatat dan diakui oleh CIMB Islamic Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syaratsyarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi Terma-terma dan
Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain
50. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Layak boleh
menghubungi „Customer Resolution Unit‟ CIMB Islamic Bank di alamat, nombor telefon dan nombor
faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah
oleh CIMB Islamic Bank dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19,
Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel.: 1 300 880 900, Faks:
603 2691 3248/cru@cimb.com.
Kempen Laksanakan Transaksi & Menang 2014 CIMB Islamic Bank
Page 9